DUA remaja mengaku tidak bersalah atas kesalahan merogol di Mahkamah Sesyen Kangar. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman
DUA remaja mengaku tidak bersalah atas kesalahan merogol di Mahkamah Sesyen Kangar. FOTO Dziyaul Afnan Abdul Rahman
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


DUA remaja mengaku tidak bersalah atas kesalahan merogol rakan perempuan mereka berusia 14 tahun di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Tertuduh pertama berusia 16 tahun dan tertuduh kedua yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, pada 26 Mac lalu, kedua tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kangar pada jam 2 pagi.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan hukuman Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan direkodkan, Ainul Shahrin menetapkan 6 Mei depan sebagai sebutan semula kes selain membenarkan semua tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norshuhadah Mohd Yatim manakala semua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Najdah Romli.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2020 @ 11:09 AM