GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Balqis Jazimah Zahari

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dan cawangannya akan menutup sepenuhnya semua operasi urus niaga dan perkhidmatan mulai esok.

JPJ Perak menerusi satu kenyataan di Ipoh hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pengangkutan.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dan JPJ Cawangan akan menutup sepenuhnya semua urusniaga dan perkhidmatan.

“Ia berikutan kaunter JPJ menjadi tempat berkumpul yang bertentangan dengan arahan kerajaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2020 @ 5:57 PM