Raja Noraina Raja Rahim


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunternya bermula Rabu ini untuk urusan kenderaan perdagangan sahaja.

JPJ dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan, perkhidmatan kaunter itu tidak membabitkan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing bagi mengelak berlaku ketidakpatuhan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagi pemandu kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (Vokasional dan Lesen Memandu Malaysia) yang diberikan sebelum ini masih berkuat kuasa sepanjang tempoh PKP.

"JPJ akan membuka khidmat kaunter pada hari bekerja bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari untuk urusan pembaharuan lesen kenderaan perdagangan dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman.

"Bagi urus niaga di kaunter membabitkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan mengenai PKP," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berurusan di JPJ dinasihatkan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan.

Orang ramai juga digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment.

JABATAN Pengangkutan Jalan. FOTO Farizul Hafiz Awang
JABATAN Pengangkutan Jalan. FOTO Farizul Hafiz Awang

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2020 @ 3:23 PM