TEMPOH reman suspek disambung seminggu. FOTO arkib NSTP
TEMPOH reman suspek disambung seminggu. FOTO arkib NSTP
Zuliaty Zulkiffli


TEMPOH reman terhadap suspek kes bunuh dan simen abang sendiri di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar disambung tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu disambung bermula hari ini sehingga 22 Mac ini.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa berusia 34 tahun ditemui dalam tong air biru berhampiran rumah mereka pada 7 pagi 8 Mac lalu selepas polis menahan suspek.

Suspek yang juga peniaga ayam goreng mengaku membunuh mangsa dengan menceritakan kejadian itu kepada seorang lagi abangnya.

Mereka dikatakan bergaduh sebelum mangsa meninggal dunia akibat terkena tetakan pisau pemotong daging oleh suspek.

Kejadian itu menyebabkan suspek panik lalu memasukkan mayat abangnya ke dalam tong sebelum menyimennya.

Berita berkaitan

Bomba bantu polis kes simen mayat abang [METROTV]

'Mereka selalu bertengkar...' - Adik

Bunuh, simen mayat abang [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2020 @ 3:04 PM