Pengumuman rasmi penangguhan Program Persidangan Industri Profesional Esukan 2020 (EPIC 2020) anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). PIX IHSAN FB Perak Esports
Pengumuman rasmi penangguhan Program Persidangan Industri Profesional Esukan 2020 (EPIC 2020) anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK). PIX IHSAN FB Perak Esports
Balqis Jazimah Zahari


PROGRAM Persidangan Industri Profesional Esukan 2020 (EPIC 2020) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Badminton Kompleks Sukan Ipoh pada 28 Mac ini ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19.

Pengurus Projek, Mohamad Fikri Mohd Junit berkata, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan program berkenaan.

“Pada awalnya kita memang mahu meneruskan program ini, tetapi memutuskan ia ditangguhkan berdasarkan keadaan semasa Covid-19.

“Berikutan itu kita akan mengemaskini semula tarikh dan memaklumkan perkembangan program dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, program itu adalah edisi kedua anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan fokus kepada tiga bidang dalam industri esukan iaitu ekosistem, ekonomi dan pembangunan.

Katanya, selain persidangan esukan, program itu turut menyediakan pameran dan kejohanan esukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 5:35 PM