Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Anwar Patho Rohman


PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia memotong gajinya antara lima hingga 10 peratus bagi membantu kedudukan kewangan negara.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, beliau yakin Jemaah Menterinya dan timbalan menteri juga bersedia untuk berbuat demikian dan berharap ia mampu menjimatkan beberapa juta ringgit.

"Saya mahu gaji saya dipotong... kita tidak bincangkannya dalam mesyuarat hari ini tetapi kami mahu membantu.

"Saya rasa kebanyakan kami boleh menyumbang apa yang boleh dan saya harap kita boleh menjimatkan beberapa juta," katanya ketika menjawab adakah beliau dan menteri serta timbalan menteri bersedia untuk melakukan pemotongan gaji berikutan keadaan fisikal negara,” katanya di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan peluang kepada kerajaan diterajui Perikatan Nasional (PN) untuk membuktikan prestasi mereka dan menyediakan perkhidmatan terbaik, sebelum penggal pentadbiran berakhir dalam tempoh kurang tiga tahun lagi.

"Ini hari pertama, berilah kami peluang, masih jauh perjalanan, tapi sudah pasti ia penting, kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan, diharapkan jika kita berikan prestasi yang baik, rakyat melihat kerajaan ini sangat membantu, maka kita akan dapat mandat pada PRU-15.

"Tetapi masih awal untuk berkata demikian," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Kabinet baharu

  • Barisan Kabinet baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2020 @ 7:13 PM