SAKSI Bekas Setiausaha Bahagian di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia, Kamarudin Abdullah cuba mengelak dari dirakam oleh jurugambar.  FOTOSAIFULLIZAN TAMADI.
SAKSI Bekas Setiausaha Bahagian di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia, Kamarudin Abdullah cuba mengelak dari dirakam oleh jurugambar. FOTOSAIFULLIZAN TAMADI.
BERNAMA

BEKAS pegawai kanan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Jepak Holdings Sdn Bhd tidak mengemukakan cadangan perincian kewangan dan teknikal kepada kementerian itu berhubung rundingan bagi mendapatkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Bekas Setiausaha Bahagian (SUB) di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM, Kamarudin Abdullah, 61, berkata demikian semasa beliau ditunjukkan surat Jepak kepada KPM bertarikh 1 September 2016 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn.

“Saya mengesahkan ini adalah surat daripada Jepak kepada KPM sebagai maklum balas kepada Surat Niat bertarikh 29 Ogos 2016 di mana Jepak memaklumkan bahawa pihaknya bersedia untuk jemputan rundingan di peringkat seterusnya bersama pihak KPM dan turut melampirkan dokumen yang dipohon oleh KPM melalui Surat Niat tersebut.

“Saya dapati pihak Jepak tidak mengemukakan cadangan perincian kewangan dan teknikal kepada KPM,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid itu.

Kamarudin yang berkhidmat sebagai SUB dari Ogos 2016 sehingga Ogos 2017 berkata, KPM mengeluarkan Surat Niat bertarikh 29 Ogos 2016 yang menawarkan kepada pihak Jepak untuk melaksanakan Sistem Set Janakuasa Diesel (Genset) dengan pelaksanaan secara berperingkat Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid bagi sekolah-sekolah luar bandar Sarawak untuk tempoh tiga tahun.

“Pihak Jepak perlu memberi maklum balas kepada KPM dalam tempoh tujuh hari sekiranya Jepak bersetuju dengan cadangan pelantikan.

“Selain itu, pihak Jepak dikehendaki untuk mengemukakan cadangan perincian kewangan dan teknikal kepada KPM, seterusnya rundingan harga akan dijalankan secepat mungkin,” katanya.

Kamarudin yang kini pesara turut memaklumkan KPM telah mengeluarkan Surat Niat kali kedua kepada Jepak pada 4 November 2016 atas arahan Datuk Seri Alias Ahmad yang ketika itu Ketua Setiausaha KPM baharu, menggantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

“Surat Niat kali kedua ini dikeluarkan kerana Jepak masih tidak mengemukakan cadangan perincian kewangan dan teknikal kepada KPM semasa menjawab Surat Niat pertama (29 Ogos 2016),” kata saksi ke-10 pihak pendakwaan itu.

Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

Berita berkaitan:

  • Lanjut tahanan reman [METROTV]

  • Bekas pegawai khas Najib dibebaskan

  • Bekas Menteri dipanggil SPRM

  • Najib ke SPRM lagi [METROTV]

  • Rosmah didakwa lagi..?

  • Rosmah tiba di SPRM

  • Rosmah, Rizal mengaku tak bersalah

  • [UPDATE] Didakwa minta sogokan RM187.5 juta [METROTV]

  • Tak mengaku terima sogokan bagi pihak Rosmah [METROTV]

  • Mahdzir beri keterangan kepada SPRM

  • Rosmah lantik peguam baharu

  • Serah dokumen 300 halaman

  • 'Terdapat cubaan percepat pendakwaan' - Rosmah

  • Rosmah didakwa terima rasuah RM5 juta [METROTV]

  • 'Saya maafkan...' - Rosmah

  • Rosmah tak mengaku salah atas pertuduhan pindaan

  • Kes rasuah Rosmah pindah Mahkamah Tinggi

  • Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah

  • Rizal Mansor lepas, bebas

  • Rosmah boleh pengaruhi keputusan kerajaan: Pendakwa [METROTV]

  • Pendakwa akan buktikan Rosmah terima RM6.5 juta

  • Lokasi penyerahan wang ditunjukkan

  • Bawa 2 beg galas berisi wang - Saksi [METROTV]

  • Najib diminta meninggalkan mahkamah

  • 'Saya terima surat daripada Najib' - Mahdzir

  • Lelaki bersenjata iringi serah bagasi

  • Rosmah arah saya cepatkan kelulusan projek- Mahdzir

  • Saya tak ragu Rosmah terlibat- Mahdzir

  • Najib catat 'bersetuju'

  • Rakaman audio dimainkan pada perbicaraan kes Rosmah

  • 'Mem' sudah tahu...

  • 'Saya hanya ikut arahan PM'

  • Rosmah minta cepatkan kelulusan Projek Solar

  • Mahdzir mengadu terima tekanan daripada Najib

  • Rebut kontrak solar hibrid

  • 'Sistem solar hibrid tak sesuai digunakan di kawasan terpencil'

  • Wang RM5 juta untuk 'RM'

  • Najib putuskan kelulusan permohonan - saksi

  • 'Nak bagi barang kepada mem'

  • Projek Solar: Jepak kemuka perincian

  • Rizal diletak di bawah program perlindungan saksi
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 7:15 PM