ISTERI bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor selepas selesai prosiding. FOTO BERNAMA
ISTERI bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor selepas selesai prosiding. FOTO BERNAMA
BERNAMA

MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Rizal Mansor, bekas pegawai khas Datin Seri Rosmah Mansor diletakkan di bawah program perlindungan saksi.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib apabila Rizal dipanggil untuk dicam oleh saksi pendakwaan kesembilan, ahli perniagaan Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri itu.

Rizal dilihat muncul melalui pintu untuk kakitangan mahkamah yang terletak di hadapan bilik perbicaraan dan bukannya pintu biasa digunakan saksi, yang mengejutkan peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh.

Jagjit Singh membangkitkan perkara itu kepada Hakim Mohamed Zaini Mazlan dengan berkata ia tidak memberi imej yang baik kepada mahkamah.

Mohamed Zaini bersetuju dan berkata “persepsi tidak elok.”

Ahmad Akram kemudian menjelaskan kepada mahkamah bahawa Rizal diletak di bawah program perlindungan saksi dan diiringi pegawai polis yang mungkin menjelaskan mengapa dia memasuki pintu berbeza.

“Apa yang diatur mereka, saya tidak tahu kerana dia (Rizal) tidak berada di sini tadi, tetapi kami akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Pada 8 Januari, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal daripada empat tuduhan meminta dan menerima suapan bagi pihak Rosmah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak selepas pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya.

Rosmah, 68, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui Rizal, sebagai pertukaran bagi membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tiga lokasi iaitu Lygon Cafe di Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini dan Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dengan 7 September 2017.

Perbicaraan disambung esok.

Berita berkaitan:

  • Lanjut tahanan reman [METROTV]

  • Bekas pegawai khas Najib dibebaskan

  • Bekas Menteri dipanggil SPRM

  • Najib ke SPRM lagi [METROTV]

  • Rosmah didakwa lagi..?

  • Rosmah tiba di SPRM

  • Rosmah, Rizal mengaku tak bersalah

  • [UPDATE] Didakwa minta sogokan RM187.5 juta [METROTV]

  • Tak mengaku terima sogokan bagi pihak Rosmah [METROTV]

  • Mahdzir beri keterangan kepada SPRM

  • Rosmah lantik peguam baharu

  • Serah dokumen 300 halaman

  • 'Terdapat cubaan percepat pendakwaan' - Rosmah

  • Rosmah didakwa terima rasuah RM5 juta [METROTV]

  • 'Saya maafkan...' - Rosmah

  • Rosmah tak mengaku salah atas pertuduhan pindaan

  • Kes rasuah Rosmah pindah Mahkamah Tinggi

  • Rosmah kekal pengakuan tidak bersalah

  • Rizal Mansor lepas, bebas

  • Rosmah boleh pengaruhi keputusan kerajaan: Pendakwa [METROTV]

  • Pendakwa akan buktikan Rosmah terima RM6.5 juta

  • Lokasi penyerahan wang ditunjukkan

  • Bawa 2 beg galas berisi wang - Saksi [METROTV]

  • Najib diminta meninggalkan mahkamah

  • 'Saya terima surat daripada Najib' - Mahdzir

  • Lelaki bersenjata iringi serah bagasi

  • Rosmah arah saya cepatkan kelulusan projek- Mahdzir

  • Saya tak ragu Rosmah terlibat- Mahdzir

  • Najib catat 'bersetuju'

  • Rakaman audio dimainkan pada perbicaraan kes Rosmah

  • 'Mem' sudah tahu...

  • 'Saya hanya ikut arahan PM'

  • Rosmah minta cepatkan kelulusan Projek Solar

  • Mahdzir mengadu terima tekanan daripada Najib

  • Rebut kontrak solar hibrid

  • 'Sistem solar hibrid tak sesuai digunakan di kawasan terpencil'

  • Wang RM5 juta untuk 'RM'

  • Najib putuskan kelulusan permohonan - saksi

  • 'Nak bagi barang kepada mem'

  • Projek Solar: Jepak kemuka perincian

  • Rizal diletak di bawah program perlindungan saksi
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 8:37 PM