Sharmnes (dua dari kanan) diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Foto Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Sharmnes (dua dari kanan) diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Foto Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menipu urusan sewa beli yang tidak wujud membabitkan kerugian RM6,000.

Tertuduh, S Sharmnes, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di dua kamar hakim berbeza pagi tadi.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu seorang wanita untuk mempercayai adanya rumah sewa.

Percaya dengan tertuduh, mangsa berusia 25 tahun itu membuat transaksi wang sebanyak RM3,000 sebagai deposit rumah.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan kes terbabit dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Mac ini.

Bagi pertuduhan kedua, Sharmnes didakwa menipu seorang wanita untuk mempercayai adanya sewa rumah hingga menyebabkan mangsa berusia 25 tahun membuat transaksi wang sebanyak RM3,000 sebagai deposit.

Pertuduhan berkenaan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Fared Abdul Latif.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jami, sebanyak RM4,000 dan kes berkenaan disebut semula pada 24 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Februari 2020 @ 4:43 PM