Raja Noraina Raja Rahim


SERAMAI 1,123 individu yang berada dalam kapal persiaran MV Genting Dream yang berlabuh di Boustead Cruise Centre (BCC), Pelabuhan Klang didapati negatif wabak Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, ia hasil ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan ke atas 678 penumpang dan 445 kru kapal.

“Sehingga jam 10 malam ini, hasil saringan terhadap semua individu terbabit adalah tidak bergejala.

“Kapal itu tiba dari Singapura kira-kira 12 tengah hari tadi dan akan pulang semula jam 11 malam ini,” kata kenyataan itu, malam ini.

Kapal MV Genting Dream itu membawa 987 penumpang dan 1,701 kru.

Setibanya di Pelabuhan Klang, KKM melakukan saringan kesihatan ke atas penumpang dan kru kapal itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 11:07 PM