Nor Fazlina Abdul Rahim


KANAK-kanak lelaki yang dilarikan perompak di Cabang Tiga, Kemubu, Kota Bharu, pagi tadi, ditemui selamat.

Kanak-kanak berusia enam tahun dilarikan perompak bersama sebuah Proton Exora jam 7.45 pagi sebelum ditemui jam 9.30 pagi.

Difahamkan, perompak meninggalkan mangsa dan kenderaan terbabit di Kok Lanas dan mangsa kini berada di Balai Polis Kok Lanas.

Bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud, 36, berkata, polis menghubungi keluarga memaklumkan anak saudaranya ditemui selamat.

Menceritakan kejadian yang berlaku, Che Azwadi berkata, kakak bersama anak saudaranya dalam perjalanan ke sekolah tadika di Kemubu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta.

“Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan anak kenderaan bersama anak saudara saya,” katanya ketika dihubungi.

Berita berkaitan

Budak dilarikan perompak

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Februari 2020 @ 11:04 AM