GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Erika George

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Miri merampas 25,400 liter diesel dan 1,700 liter petrol bernilai RM381,112 pada serbuan di sebuah stor di Batu 8, Jalan Bintulu-Miri pagi semalam.

Pegawai Memerintahnya, Superintendan Tan Hiap Seng berkata, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berusia 36 tahun hingga 52 tahun dipercayai penjaga stor berkenaan.

“Bahan api itu disimpan dalam sembilan tong plastik.

“Pemeriksaan di perkarangan stor turut menemui 16,000 liter diesel dalam tangki lori,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati, bahan api itu tiada permit jualan sah sekali gus melanggar undang-undang syarat jual beli ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Bintulu bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 7:40 PM