MAYAT mangsa yang masih terbaring di tengah jalan sementara menunggu bantuan tiba.
MAYAT mangsa yang masih terbaring di tengah jalan sementara menunggu bantuan tiba.
Erika George

Bintulu: Wanita warga emas yang juga petani maut selepas dirempuh kereta jenis Perodua Axia dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Bintulu-Miri pada 5.55 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Bingkok John berkata, ketika kejadian, mangsa dikenali sebagai Chandu Jiram, 74, sedang melintas jalan sebelum dirempuh kereta dipandu seorang lelaki dari arah Samalaju menuju ke pusat bandar.

"Hasil siasatan awal dijalankan mendapati, mangsa berada di penghadang pemisah jalan dan secara tiba-tiba menyeberang jalan sebelum dilanggar kereta berkenaan," katanya.

Menurutnya, pasukan paramedik mengesahkan mangsa meninggal di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala pemandu kereta berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 2:18 PM