KANAK-KANAK lelaki dipercayai ditinggalkan berhampiran Tadika Mutiara Hatiku, Taman Permai Jaya di Lumut. FOTO Ihsan PDRM
KANAK-KANAK lelaki dipercayai ditinggalkan berhampiran Tadika Mutiara Hatiku, Taman Permai Jaya di Lumut. FOTO Ihsan PDRM
Noor Hidayah Tanzizi

KANAK-KANAK lelaki yang didakwa ditinggalkan seorang wanita berhampiran Tadika Mutiara Hatiku, Taman Permai Jaya di Lumut, hari ini sudah diambil ibunya.

Sebelum itu, terdapat hantaran di Facebook meminta bantuan untuk mengesan ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak terbabit selepas dikatakan ditinggalkan seorang wanita pada 7.20 pagi.

Hantaran itu turut memaklumkan kanak-kanak terbabit berada di Balai Polis Seri Manjung dan berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kanak-kanak berusia antara dua hingga tiga tahun itu sudah diambil ibunya pada 4 petang hari ini.

Menurutnya, kejadian itu hanya salah faham kerana pengasuh kanak-kanak terbabit tersalah menghantarnya ke tadika.

“Susulan penemuan kanak-kanak terbabit, polis menjalankan usaha mengesan ibu bapanya. Ibu kanak-kanak itu sudah datang mengambil anaknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 January 2020 @ 6:06 PM