Gambar yang tular di media sosial. FOTO Ihsan pembaca
Gambar yang tular di media sosial. FOTO Ihsan pembaca
Hazsyah Abdul Rahman


KEMENTERIAN Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah belum menerima maklumat kehadiran enam warga Wuhan, China yang tiba di Sandakan, semalam.

Menterinya, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, beliau tiada menerima maklumat berhubung perkara itu setakat pagi ini.

Menurutnya, pihaknya sudah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, namun belum dimaklumkan berhubung hal berkenaan.

“Sekiranya saya ada terima laporan, saya akan keluarkan kenyataan media dengan segera.

“Namun, setakat ini pihak kami belum menerima laporan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, satu mesej melalui WhatsApp dikongsikan berserta sekeping gambar mendakwa enam warga Wuhan China berada di Sandakan.

Semua warga Wuhan terbabit kemudiannya dihantar semula ke Kuala Lumpur.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 2:37 PM