FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Abnor Hamizam Abd Manap


SEORANG penjawat awam didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jelebu, hari ini selepas didapati bersalah menggunakan dadah, tahun lalu.

Majistret Rahimah Rahim menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Mohd Faizul Abdullah, 31 mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati positif menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methaphetamine sebaik selesai menjalani ujian air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu pada 31 Mei tahun lalu.

Ujian air kencing turut dijalankan di Makmal Dadah dan Penyelidikan Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur; Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Jabatan Kimia disahkan positif mengandungi dadah berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh yang berasal dari Baling, Kedah tidak diwakili peguam.

Tertuduh berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 2:51 PM