FOTO hiasan
FOTO hiasan
Norsyazwani Nasri


POLIS sedang memburu individu yang disyaki membuang bayi perempuan berhampiran pokok pisang di Sibu Jaya di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan di bawah pokok pisang oleh seorang petani ketika membuang sampah di situ kira-kira jam 9.30 pagi.

Katanya, bayi perempuan yang masih bertali pusat dan tidak berpakaian itu kemudiannya dibawa oleh lelaki berusia 45 tahun itu ke rumahnya untuk dimandikan sebelum diserahkan kepada Balai Polis Sibujaya.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan lanjut.

“Keadaannya terbabit dilaporkan sihat dan masih ditempatkan di Hospital Sibu,” katanya.

Sehubungan itu Stanley berkata, pihaknya kini sedang memburu individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh datang ke mana-mana balai untuk menyalurkan maklumat.

Berita berkaitan

Nasib baik Kemarau jumpa...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 1:35 PM