ANGGOTA bomba menggunakan pengusung untuk membawa seorang lelaki selepas digagalkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian untuk cubaan membunuh diri dengan dengan menggantung dirinya menggunakan tali di bawah jambatan di Jalan Ketoyong. FOTO Ihsan Bomba

Muhammad Apendy Issahak

CUBAAN lelaki untuk membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan tali di bawah jambatan di Jalan Ketoyong, di Tanjung Malim, hari ini digagalkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai cubaan membunuh diri itu pada 8.16 pagi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sahaja anggota bomba tiba di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 35 tahun sudah menggantung diri menggunakan tali di bawah jambatan berkenaan.

“Orang awam berjaya menurunkan lelaki itu sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bomba yang tiba kemudian menggunakan pengusung untuk membawa lelaki itu naik ke tebing dan menyerahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki terbabit dilaporkan selamat dan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan ll, Nadzri Hussin itu tamat pada 8.32 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Disember 2019 @ 3:52 PM