BEKAS Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan. FOTO Faiz Anuar
BEKAS Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan. FOTO Faiz Anuar
Siraj Mohd Zaini


BEKAS Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, 65, meninggal dunia di Hospital Avisena, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 4.45 petang selepas tidak sedarkan diri di rumahnya.

Allahyarham menghidap kanser hati dan dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 8, Shah Alam, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21.

Sebelum menjawat jawatan Ketua Polis Selangor, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 7:16 PM