PENGGUNAAN ubat gigi yang betul boleh menyelesaikan masalah gigi sensitif. FOTO NSTP
PENGGUNAAN ubat gigi yang betul boleh menyelesaikan masalah gigi sensitif. FOTO NSTP
Suliati Asri

SENYUMAN manis yang sentiasa terukir di bibir dan menyerlahkan deretan gigi bersih, putih serta tersusun bagaikan satu pakej lengkap buat si pemiliknya.

Ia juga memberi keyakinan kepada mereka terutama ketika berdepan dengan masyarakat.

Namun, ramai yang gusar ketika menjalani prosedur gigi di klinik hingga ada memutuskan untuk tidak lagi berjumpa doktor gigi. Bagi mereka, itu mungkin pilihan yang lebih baik.

Terdapat beberapa mitos mengenai gigi sensitif yang perlu diketahui kerana ia bukan memperbaiki sebaliknya boleh memburukkan lagi tahap kesihatan gigi anda.

Mitos yang pertama dan sering dilakukan adalah kerap memberus gigi untuk mengelak gigi sensitif. Hal ini sangat tidak benar kerana memberus gigi terlalu kerap dan selepas makan boleh melemahkan enamel gigi pada jangka masa yang panjang.

Ramai juga yang bertanggapan lebih baik memberus gigi sejurus selepas makan.

Ia bagi mengelak sisa makanan yang tinggal dapat dibersihkan, sekali gus mengelak untuk menjadikan gigi sensitif.

Bagaimanapun, menurut doktor cara itu adalah tidak betul kerana masa terbaik untuk memberus gigi adalah sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan supaya gigi tidak begitu terdedah.

Ada juga mitos yang mengatakan bahawa hanya makanan sejuk penyebab gigi sensitif. Tapi hakikatnya, makanan masam yang sejuk, panas, manis juga boleh menyebabkan ketidakselesaan kerana ia menimbulkan kepekaan saraf terutama jika lapisan dentin sudah terdedah.

Gigi berlubang juga dikatakan penyebab utama gigi sensitif. Namun, sebenarnya gigi menjadi sensitif apabila lapisan luar yang melindungi gigi iaitu enamel atau cementum terhakis hingga menyebabkan pendedahan lapisan dentin.

Akhir sekali, mitos yang sangat tidak benar mengenai gigi sensitif adalah tiada cara untuk menangani masalah ini.

Hakikatnya, memperbaiki serta meningkatkan diet harian dan tabiat membersihkan gigi amatlah membantu.

Penggunaan ubat gigi yang betul juga boleh menyelesaikan masalah gigi sensitif.

Ubat gigi terbaru, Sensodyne Sensitivity & Gum mampu menyelesaikan masalah gigi sensitif dan masalah gusi.

Ia juga terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 November 2019 @ 9:00 AM