BRYAN Wong menyampaikan ucapan di majlis perasmian Sensodyne Sensitivity & Gum.
BRYAN Wong menyampaikan ucapan di majlis perasmian Sensodyne Sensitivity & Gum.
Oleh Suliati Asri


PERNAH mengalami keadaan mengelak untuk menikmati minuman panas dan sejuk kerana gigi terasa ngilu?

Anda mungkin mengalami gigi sensitif dan perlu berjumpa doktor gigi kerana gigi sensitif boleh mengganggu kehidupan seharian individu yang mengalaminya.

Gigi sensitif ialah rasa ketidakselesaan atau rasa ngilu pada gigi. Ia berlaku apabila lapisan luar yang melindungi gigi iaitu enamel terhakis atau gusi menyusut sehingga menyebabkan lapisan kedua gigi iaitu dentin terdedah.

Apabila lapisan dentin yang terdedah ini bersentuh dengan sesuatu yang sejuk, cabang saraf di dalam gigi akan dirangsang, sekali gus menyebabkan rasa ngilu-ngilu dan itulah tanda gigi sensitif.

Berdasarkan kajian di Malaysia, 9 daripada 10 orang dewasa bukan saja mengalami kesihatan gusi malah keadaan itu mengganggu aktiviti harian manakala kajian global pula mendapati lebih daripada 50 peratus mereka yang mengalami gigi sensitif juga mengalami masalah gusi.

Masalah gusi bermula apabila plak terbentuk di bawah dan sepanjang garis gusi. Jangkitan awal gingivitis atau radang gusi menunjukkan gejala biasa seperti pendarahan gusi yang mudah, bengkak, meninggalkan rasa tidak selesa di mulut, gigi ngilu dan nafas berbau.

Punca masalah gusi ialah manifold, iaitu tidak memberus gigi dengan betul, tidak menjaga kebersihan mulut atau tidak berjumpa dengan doktor gigi.

Apabila masalah pendarahan gusi tidak diendahkan, ia mengundang perkembangan periodontitis yang boleh memusnahkan gusi, tulang dan tisu yang berkaitan dengan gigi.

Justeru, selain menggosok gigi, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah gigi sensitif sekali gus menyihatkan gusi.

Antaranya buahan citrus, produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt, teh hijau yang kaya antioksidan, salmon atau ikan berlemak lain dan sayur brokoli yang kaya dengan protin, Vitamin B1, magnesium, kalsium, niacin dan selenium serta Vitamin C yang diperlukan untuk gusi yang sihat.

Makanan melawan penyakit gusi termasuk kacang, cendawan shiitake, bawang dan sayur-sayuran berdaun.

Tidak hanya makanan, ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum juga dapat membantu mengatasi masalah ini dan melegakan rasa ngilu. Ia sekali gus menjadikan aktiviti seharian tidak terjejas.

Pengurus Besar GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, Bryan Wong berkata, Sensodyne sebagai jenama produk ubat gigi nombor satu di negara, kini melancarkan ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum yang dapat meredakan rasa ngilu pada masalah gigi sensitif dan meningkatkan kesihatan gusi.

Katanya, melalui formula dwi-aksi, ia bertindak membina lapisan di atas dan dalam tiub dentin gigi sensitif bagi menghalang rasa ngilu gigi sensitif, menanggal dan menyekat pembiakan bakteria plak yang seterusnya meningkatkan kesihatan gusi.

“Sensodyne juga menjalin kerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia untuk menjalankan pemeriksaan pergigian percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara bagi menggalakkan pengguna memeriksa gigi serta mendidik masyarakat tentang cara penjagaan gigi yang lebih baik,” katanya.

Senarai klinik pergigian yang menyertai kempen ini boleh dilayari di www.sensodyne.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 10:57 AM