DR Chong (kiri) bersama Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia, Bryan Wong, pensyarah di Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Cheah Chia Wei dan Ketua Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Tiffany Choo ketika majlis pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum.
DR Chong (kiri) bersama Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia, Bryan Wong, pensyarah di Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Cheah Chia Wei dan Ketua Penjagaan Diri Guardian Malaysia, Tiffany Choo ketika majlis pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum.

RASA ngilu yang kerap menyerang mereka yang mengalami gigi sensitif dan masalah gusi mungkin boleh dielak dengan mengurangkan pengambilan makanan sejuk, manis dan panas.

Namun, ramai yang tidak mengetahui gigi sensitif berkemungkinan besar menjadi punca masalah yang lebih besar di kemudian hari jika ia tidak ditangani segera.

Laporan menunjukkan hampir separuh iaitu 44 peratus yang mempunyai gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas.

Langkah itu berkesan untuk sementara namun sebenarnya jika kawasan bermasalah itu tidak diberus dengan betul, ia akan menyebabkan pembentukan lapisan bakteria dipanggil plak.

Plak yang tidak dibersihkan dengan memberus gigi dua kali sehari berkumpul dan melekat di celah permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain.

Ketua Setiausaha Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia, Dr Chong Zhen Feng berkata, gigi sensitif dan masalah gusi sering dihadapi rakyat Malaysia.

Namun katanya isu ini tidak dapat dikesan dan dirawat sebaiknya disebabkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil langkah aktif untuk menanganinya dan memilih mengelak membuat pemeriksaan gigi yang meletihkan.

“Kami menggesa komuniti supaya sedar dan segera mengambil langkah memelihara kesihatan mulut dengan baik,” katanya.

Ada dua punca utama gigi sensitif iaitu enamel terhakis atau gusi menyusut dan mendedahkan lapisan kedua iaitu dentin.

Enamel ialah lapisan perlindungan gigi yang pertama dan ia akan semakin terhakis akibat pergeseran, memberus gigi terlalu agresif dan juga terhakis perlahan-lahan akibat pengambilan makanan dan minuman berasid.

Selain itu, masalah gusi juga boleh berpunca daripada memberus gigi dengan agresif, jangkitan bakteria, perubahan hormon dan penjagaan gigi kurang sempurna.

Mengekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi dengan baik antara langkah boleh dilakukan supaya tidak menderita dengan gigi sensitif dan masalah gusi.

Seterusnya, elak memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi.

Gunakan juga berus gigi berbulu lembut dan awasi pemakanan anda dengan mengurangkan atau elakkan makanan serta minuman berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi, sekali gus menyebabkan pendedahan lapisan dentin.

Penggunaan ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum mampu meredakan gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Dengan memberus gigi dua kali sehari, ia secara proaktif membina lapisan yang melindungi kawasan sensitif gigi dan menanggalkan plak gigi dengan efektif.

Sensodyne turut bekerjasama dengan Persatuan Pergigian Malaysia dengan menawarkan pemeriksaan pergigian secara percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat berjumpa doktor gigi secara berkala sambil mempromosi teknik penjagaan kesihatan mulut yang lebih baik untuk memastikan gigi dan gusi rakyat Malaysia sihat.

Senarai klinik pergigian yang menyertai kempen ini boleh dilayari di www.sensodyne.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 9:00 AM