Pesara polis, Wahab Yaacob, 65, yang dilaporkan hilang dalam kawasan kebun getah di Kampung Batu Besar ditemui selamat. FOTO IHSAN BOMBA
Pesara polis, Wahab Yaacob, 65, yang dilaporkan hilang dalam kawasan kebun getah di Kampung Batu Besar ditemui selamat. FOTO IHSAN BOMBA
Zuliaty Zulkiffli


Sik: Pesara polis yang dilaporkan hilang dalam kebun getah di Kampung Batu Besar, Jalan Parit Panjang, Mukim Teloi, di sini, semalam ditemui selamat, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa, Wahab Yaacob, 65, ditemui penduduk kampung sekitar 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, ketika itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik dalam perjalanan ke lokasi untuk meneruskan misi pencarian mangsa.

"Mangsa ditemui selamat di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran kawasan pencarian," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam kejadian malam tadi, mangsa dipercayai baru seminggu sedar daripada koma akibat kemalangan jalan raya dikatakan masuk ke dalam kebun getah sekitar 7.15 malam semalam.

Ketika kejadian, isteri dan anaknya sedang menunaikan solat Maghrib sebelum menyedari kehilangan mangsa.

Berikutan itu, mereka membuat laporan polis berhubung kejadian.

Berita berkaitan

Pesara polis hilang dalam kebun getah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 1:06 PM