ADHIF Syan bersama penerima Baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas & Perayaan Deepavali di Sepang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ADHIF Syan bersama penerima Baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas & Perayaan Deepavali di Sepang. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hairulazim Mahmud


“SAYA sentiasa memastikan golongan yang berkelayakan akan menerima bantuan di bawah program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan baucer ‘Jom Shopping’ untuk perayaan Deepavali,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Katanya, sebanyak RM73,000 diagihkan kepada 730 penerima yang layak pada kali ini dengan masing-masing menerima sebanyak RM100 untuk meringankan beban mereka.

Beliau mengakui jumlah berkenaan tidak banyak, namun percaya ia serba sedikit dapat membantu meringankan beban golongan yang menerima bantuan berkenaan.

“Sebagai wakil rakyat, memang ini tugas kami memastikan rakyat sentiasa dibantu tanpa melangkaui batas kaum dan fahaman politik,” katanya kepada Harian Metro selepas hadir pada Majlis Penyerahan Baucer Jom SMUE dan Deepavali di Kota Warisan di Sepang, hari ini.

Turut hadir isteri beliau Umi Solehah Sulaiman bagi menyampaikan sumbangan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Seramai 250 orang penerima layak mendapat manfaat daripada skim terbabit selain 450 orang penerima baucer Jom Shopping bagi perayaan Deepavali.

PEKAWANIS turut memberikan sumbangan kepada 30 orang penerima yang layak.

Bermula pada 1 Mei lalu program khairat kematian dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM100 setahun kepada warga emas dan rang kurang upaya yang layak, sempena musim perayaan.

Pengagihan di kawasan DUN Dengkil itu adalah yang pertama selepas kerajaan negeri membuat keputusan berkaitan salah program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Penambahbaikan itu sebagai menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Oktober 2019 @ 12:46 AM