Gambar FB Rizam Ismail dan Arkib NSTP.
Gambar FB Rizam Ismail dan Arkib NSTP.
Amirul Aiman Hamsuddin


AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail menafikan khidmat pesanan ringkas (SMS) tersebar mendakwa pengambilan baucer Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pada Khamis.

Katanya, SMS itu palsu dan didakwa cuba memperdaya penduduk supaya mendapatkan baucer berkaitan di pejabatnya.

"Maklumat ini tidak benar," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya yang turut memaparkan isi mesej itu.

Berdasarkan maklumat tersebar itu, penyebar menyatakan tarikh dan waktu pengambilan baucer, malah turut ada nombor kad pengenalan penerima.

Penerima atau waris diminta membawa kad pengenalan atau menghubungi nombor tertera untuk tuntutan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 12:12 PM