Norzamira Che Noh

YAYASAN Warisan Anak Selangor (YAWAS) menafikan memberi wang tunai RM3,000 kepada ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

YAWAS dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook memaklumkan ahli skim itu hanya menerima baucar beli-belah RM100 di pasar raya terpilih mengikut bulan kelahiran.

"Maklumat berhubung pemberian wang tunai berjumlah RM 3,000 kepada ahli SMUE yang tular di media sosial adalah tidak benar.

"Pada masa ini, bentuk manfaat yang diberikan kepada ahli SMUE hanya dalam bentuk baucer beli belah bernilai RM 100 di pasar raya yang terpilih dan mengikut bulan kelahiran ahli.

"Oleh itu, ahli SMUE diminta untuk mendapatkan maklumat benar dari sumber yang sahih supaya tidak terpedaya dengan sebarang maklumat palsu," katanya.

Dalam pada itu, YAWAS juga mengingatkan semua ahli SMUE sentiasa mengemas kini maklumat mereka seperti nombor telefon supaya tidak terlepas daripada menerima manfaat yang ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Jun 2020 @ 9:18 PM