LAPORAN portal Harian Metro.
LAPORAN portal Harian Metro.
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


PESURUHJAYA PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli dilaporkan kritikal dipercayai akibat serangan jantung dan kini di bawah pengawasan rapi pakar di Unit Penjagaan Jantung (CCU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Badan Perhubungan PAS menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu tidak dibenarkan untuk bertemu pelawat melainkan ahli keluarga terdekat.

“Atas nasihat doktor, mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian (melawat Mohd Shukri) diminta menangguhkannya sehingga dimaklumkan kelak.

“PAS Perlis juga akan sentiasa mengemas kini keadaan semasa beliau serta meminta orang ramai supaya tidak membuat, menyebar atau mempercayai sebarang maklumat yang datang bukan daripada sumber rasmi parti.

“Semua pihak juga diseru agar dapat terus mengadakan solat hajat serta mendoakan kesihatan beliau,” kata kenyataan itu.

Pagi hari ini, Mohd Shukri Ramli dipindahkan dari Zon Merah, Unit Kecemasan HTF ke CCU HTF.

Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon dipetik sebagai berkata, keadaan beliau ketika itu sudah stabil, namun masih diletakkan di bawah pengawasan rapi doktor di wad berkenaan.

Berita berkaitan

Pesuruhjaya Pas Perlis dah sedar

Pesuruhjaya PAS Perlis rebah ketika berucap

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 7:42 PM