GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Shahrinnahar Latib


UNIVERSITI Tenaga Nasional (UNITEN) akan menggabungkan dua kampusnya iaitu di Rompin dan Putrajaya menerusi pelaksanaan Operasi Kampus Berpusat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Naib Canselor UNITEN, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dan Kampus Putrajaya akan digabungkan sebagai satu entiti dan beroperasi di Putrajaya.

“Lembaga Pengarah UNITEN yang bersidang pada 24 September lalu meluluskan inisiatif ‘Reimagining UNITEN’ dan memberi mandat kepada pengurusan UNITEN untuk melaksanakan Operasi Kampus Berpusat.

“Pelaksanaan Operasi Kampus Berpusat dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai Jun 2020,” katanya.

Pengurusan UNITEN memberi jaminan memastikan Operasi Kampus Berpusat berjalan lancar dan mengambil kira kepentingan serta kebajikan pelajar, warga kerja dan pihak yang berkepentingan.

Keputusan ‘Reimagining UNITEN’ itu bertujuan untuk melonjakkan nama universiti untuk berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyatakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetap membantu masyarakat setempat di Muadzam Shah walaupun selepas Operasi Kampus Berpusat dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 6:32 PM