Linkedua menghubungkan Malaysia dan Singapura memberi kemudahan kepada rakyat yang bekerja di negara jiran. FOTO Hairul Anuar Rahim
Linkedua menghubungkan Malaysia dan Singapura memberi kemudahan kepada rakyat yang bekerja di negara jiran. FOTO Hairul Anuar Rahim
BERNAMA

PENGGUNA jalan raya hari ini, dinasihatkan supaya mengelak Laluan Kedua (Linkedua) Tuas kerana Singapura dan agensi Malaysia sedang mengadakan latihan tindak balas kecemasan terhadap tumpahan kimia sehingga 2 petang hari ini.

Latihan dwi-tahunan itu membabitkan Agensi Alam Sekitar Negara (NEA), Singapura, dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia, bersama beberapa agensi, bermula sejak 6 pagi.

Dalam laman webnya, NEA berkata lencongan trafik akan dilakukan sepanjang latihan berlangsung dan pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan oleh petugas di kawasan latihan.

Menurut NEA latihan itu membabitkan kemalangan sebuah lori dan trak yang menyebabkan tumpahan bahan kimia di laluan Linkedua itu.

“Berikutan perlanggaran itu, bahan kimia yang diangkut oleh trak itu bocor ke jalan raya. Untuk latihan ini, empat tong dram yang rosak akan disimulasikan dengan pengeluaran asap.

“Orang ramai diminta supaya tidak cemas,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 9:35 AM