Celcom

SEMPENA meraikan Hari Malaysia yang melambangkan perpaduan dan semangat cintakan kesejahteraan dan kemakmuran, Celcom menawarkan kepada pelanggan di seluruh negara dengan tawaran terhad untuk satu hari sahaja, hari ini.

Ikhlas daripada Celcom kepada semua pelanggan prabayar Celcom Xpax, nikmatilah SATU JAM INTERNET PERCUMA TANPA HAD dengan Ultra Hour Pass™ dan bebaskan keinginan anda di atas talian, dengan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Bagi pelanggan pascabayar Celcom Mobile dan pascabayar Celcom Xpax pula, nikmati 1GB internet PERCUMA!

Kesemua tawaran ini hanya sah dalam masa 24 jam pada 16 September dan boleh ditebus melalui aplikasi Celcom Life App sahaja.

"Selamat Hari Malaysia!" - Idham
"Selamat Hari Malaysia!" - Idham

Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, berkata Celcom berbangga untuk turut sama meraikan perayaan yang menyemarakkan semangat perpaduan dan kemakmuran kesemua rakyat Malaysia.

"Tawaran ini juga merupakan hadiah penghargaan yang begitu kecil daripada kami buat pelanggan, dalam sama-sama meraikan keharmonian dan perpaduan bersama negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019 @ 9:57 AM