KETUA Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad Roy Ong.
KETUA Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad Roy Ong.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri


CELCOM menambah baik pelan pascabayarnya, Celcom Xpax dengan tawaran XP Lite. Ia adalah pelan pascabayar pertama yang berpatutan di Malaysia.

XP Lite menawarkan kualiti terbaik dan akses YouTube tanpa had serta internet berkelajuan tinggi hingga 16 gigabait (GB) hanya pada harga serendah RM38.

Ketua Pegawai Produk dan Inovasi Celcom Axiata Berhad, Roy Ong berkata, dengan menggunakan rangkaian 4G LTE terluas Celcom, pelanggan XP Lite tidak lagi perlu risau jika kehabisan kuota internet.

Beliau berkata, ia terutama ketika mereka melakukan penstriman dan menonton video YouTube definisi tinggi (HD) pada bila-bila masa dan mengikut keselesaan masing-masing.

"Pelan berpatutan ini juga menawarkan kebebasan kepada pelanggan untuk memiliki telefon pintar baharu percuma.

"Ia sekali gus pengalaman menonton yang lebih baik apabila mereka melanggan XP Lite dengan pas L dan menonton kandungan YouTube kegemaran mereka dalam HD," katanya dalam satu kenyataan.

XP Lite Celcom Xpax membolehkan pelanggan menikmati YouTube Standard Definition (SD) tanpa henti dan internet 8 GB dengan pas M XP Lite pada RM38 sebulan.

Untuk pengalaman menonton tanpa henti yang unggul, pelanggan juga boleh memilih YouTube HD tanpa had dan Internet berkelajuan tinggi 16GB, dengan pas L XP Lite pada RM58 sebulan.

Dengan liputan rangkaian 4G LTE terluas Celcom, pengguna XP Lite dengan pas L atau M dapat menonton semua video YouTube kegemaran mereka dengan akses tanpa had. di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Pelanggan yang menggunakan XP Lite selama enam bulan secara berterusan dengan pas L atau M juga akan diberi tambahan internet tanpa had percuma sejam setiap hari bersama Ultra Hour Pass mulai bulan ketujuh dan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 7:01 AM