ANGGOTA bomba menyelamatkan lima lelaki yang terperangkap disebabkan arus deras. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menyelamatkan lima lelaki yang terperangkap disebabkan arus deras. FOTO ihsan Bomba
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


LIMA remaja yang berkelah di Burmese Pool, Jalan Taman Sentosa, Taiping terperangkap kira-kira sejam di tebing sungai kawasan rekreasi, hari ini susulan sungai deras.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat pada 4.55 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Sebaik tiba, lima remaja lelaki berusia lingkungan 18 tahun itu didapati terperangkap di tebing seberang sungai.

“Anggota menunggu arus sungai reda sebelum menggunakan tali dengan teknik merentas sungai ke lokasi mangsa terperangkap untuk menyelamatkan kelima-lima mangsa.

“Kesemua mangsa dipakaikan dengan PFD (peranti pengapungan peribadi) sebelum dibawa oleh bomba ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi menyelamat itu selesai pada 6.06 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 9:40 PM