GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Taiping: Wanita yang dilaporkan hilang akibat dibawa arus sungai deras susulan fenomena kepala air di kawasan rekreasi air terjun Burmese Pool, di sini, semalam, ditemui lemas, hari ini.

Mangsa, K. Kanagavalli, 45, dijumpai nelayan di Kuala Sepetang iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mayat mangsa ditemui 9.10 pagi tadi.

Terdahulu, media melaporkan riadah empat sekeluarga di kawasan rekreasi air terjun itu bertukar tragedi apabila mangsa dihanyutkan kepala air.

Tiga ahli keluarga terselamat selepas dipercayai diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi, manakala mangsa dilaporkan hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 10:40 AM