DR Mahathir. FOTO BERNAMA
DR Mahathir. FOTO BERNAMA
Hairulazim Mahmud


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada semua jemaah Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

Beliau turut mendoakan semua jemaah memperoleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air kelak.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Semoga peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” kata beliau dalam catatan di akaun Twitter dan Facebook.

Setakat ini, seramai 966 jemaah haji sudah berada di Madinah.

Mereka akan berada di Tanah Suci itu selama enam hari sebelum memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah dan haji.

Kumpulan pertama jemaah tiba jam 11.50 pagi waktu tempatan (4.50 waktu Malaysia), manakala kumpulan kedua tiba jam 5.47 petang waktu tempatan (10.47 malam waktu Malaysia).

Lagi berita berkaitan Wasilah Haramain

Operasi haji tahun ini yang membabitkan 30,200 jemaah dengan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 3:47 PM