AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. FOTO Muhd Zaaba Zakeria
Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah


“BN (Barisan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan) tiada kelebihan pun pinda umur pengundi 18 tahun ini,” kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, orang muda sebaliknya akan bersikap tunggu dan lihat parti mana yang akan menawarkan hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.

“Jadi tak timbul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, pada dasarnya pembangkang bersetuju dengan pindaan berkenaan, namun lebih baik kerajaan melakukan pindaan itu serentak dengan cadangan pembangkang.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijadualkan membentangkan usul pindaan itu untuk Bacaan Pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Julai 2019 @ 3:02 PM