Lelaki ditemui lemas oleh orang awam di Pam Kemubu sebelum dihantar ke HRPZII. FOTO Ihsan Pembaca
Lelaki ditemui lemas oleh orang awam di Pam Kemubu sebelum dihantar ke HRPZII. FOTO Ihsan Pembaca
Hazira Ahmad Zaidi


PEMUDA ditemui lemas oleh orang awam di Pam Kemubu, Machang semalam.

Mayat Mohamad Izzudin Mohd Nor, 30, ditemui 8.20 pagi sebelum dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, ahli keluarga mangsa datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang 10 Jun lalu untuk membuat laporan berhubung kehilangan mangsa.

Katanya, mangsa dikatakan keluar dari rumah 9 Jun lalu dan tidak pulang selepas itu.

“Pagi semalam, kami menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat lelaki di kawasan pam berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan keputusan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan lemas,” katanya ketika ditemui di IPD Machang hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Jun 2019 @ 3:02 PM