TEO menyampaikan replika cek sumbangan kepada masjid dan surau di  Dewan Taman Putri, Kulai. FOTO ihsan jemaah Masjid Kulai
TEO menyampaikan replika cek sumbangan kepada masjid dan surau di Dewan Taman Putri, Kulai. FOTO ihsan jemaah Masjid Kulai
Mary Victoria Dass


SEBANYAK 29 masjid dan 53 surau dalam kawasan Parlimen Kulai menerima sumbangan keseluruhan RM55,500 bagi membantu melaksanakan aktiviti dan program di bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, setiap masjid menerima sumbangan RM1,000, manakala RM500 untuk setiap surau.

Menurutnya, sumbangan berkenaan bagi memanfaatkan penduduk setempat dalam melaksanakan pelbagai program di masjid dan surau.

“Buat pertama kalinya saya memperuntukkan sumbangan sempena Ramadan untuk masjid dan surau dan berharap ia dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Turut nenerima bantuan membabitkan sumbangan kepada 50 asnaf di Taman Putri yang menerima bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM150.

“Saya berharap bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka dan memeriahkan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan diDewan Taman Putri, Kulai, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Alan Tee Boon Tsong dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Teo berkata, sempena Ramadan ini, pihaknya juga berharap keharmonian masyarakat juga dapat dikekalkan.

“Kita sentiasa mengekalkan rasa

kasih-sayang antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya yakin semangat dan amalan daripada hati yang ikhlas akan dapat menyatupadukan kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 10:27 AM