LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohd Roji Kawi


POLIS memperoleh perintah tahanan reman tiga hari terhadap guru yang disyaki terbabit dalam kes cabul dan liwat lima murid lelaki di sekolah rendah di Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah tahanan reman bermula Ahad itu diluluskan Pegawai Tadbir Lawas, Anderson Daboil di Pejabat Daerah Lawas, selepas menerima permohonan pegawai penyiasat kes, Inspektor Masri Lamsin, petang semalam.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan terhadap guru lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kulai, Johor itu.

Suspek ditahan di Balai Polis Karamunsing pada 7.30 malam Sabtu lalu ketika dia bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.

Penahanan itu dibuat susulan laporan dibuat di Balai Polis Lawas pada 12.01 tengah hari, Sabtu lalu.

Kegiatan suspek terbongkar pada 11 Mei lalu selepas seorang daripada mangsa yang kini bersekolah di sekolah menengah mendedahkan perbuatan itu kepada guru lain.

Siasatan awal mendapati suspek mencabul dan meliwat lima bekas murid lelakinya yang kini berusia 13 hingga 15 tahun ketika mereka masih di sekolah rendah sejak 2016 sehingga tahun lalu.

Berita berkaitan

Guru didakwa cabul, liwat anak murid ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mei 2019 @ 1:49 PM