SYAWANIE Azwa, 16, (kiri) bersama kembarnya (dua kanan) dan adik-adik mereka di rumah di Kampung Bukit Chempaka, Tepoh, hari ini. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.
SYAWANIE Azwa, 16, (kiri) bersama kembarnya (dua kanan) dan adik-adik mereka di rumah di Kampung Bukit Chempaka, Tepoh, hari ini. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli.
Ahmad Rabiul Zulkifli


HAMPIR sembilan bulan tujuh beradik ini menjadi yatim piatu dan sudah mengikat janji untuk sentiasa menjaga satu sama lain serta tidak akan berpisah.

Syahwanie Azwin Sahidi, 16, berkata, mereka kehilangan ibu, Norhayati Alias pada 31 Ogos tahun lalu disebabkan serangan jantung manakala, bapa, Saidi Abdullah pada 2010 kerana angin ahmar.

Sejak itu katanya, dia bersama kembarnya Syawani Azwa, 16; abang, Syahil Azem, 19; dan adik-adik, Syahwanie Azliya, 15; Syahil Azer, 14; Syahwanie Azrine, 10, serta Syah Amsyar Mohamad, 11 bulan saling jaga satu sama lain.

Buat masa ini mereka juga menetap di rumah yang disewa bapa tiri yang hanya mahu dikenali Mohamad di Kampung Bukit Chempaka, Tepoh, Kuala Nerus.

“Kami rindukan ibu dan inilah kali pertama kami puasa dan menyambut Aidilfitri tanpa ibu yang menguruskan semua keperluan kami.

“Setiap kali teringat arwah, pasti menangis terutama kembar Syawani Azwa. Kehilangannya sangat memberi kesan kepada kami semua.

“Jika diikutkan, ramai yang ingin mengambil kami sebagai anak angkat dan tinggal bersama mereka tetapi kami tekad enggan berpisah, malah sangat bernasib baik kerana bapa tiri seorang yang prihatin dalam menjaga kebajikan kami termasuk menyediakan tempat tinggal sekarang,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, mereka juga mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sebanyak RM450 sebulan dan terbaharu menerima sumbangan baju raya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin.

“Keprihatinan masyarakat dan orang sekeliling sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada kami sekeluarga selepas kematian ibu,” katanya yang memberitahu sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 11001-41-00006800-1 atas nama Syahwanie Azliya.

Remaja itu berkata, mereka adik-beradik bergilir menjaga adik bongsu (hasil pernikahan arwah dengan Mohamad) yang belumpun sebulan ketika ditinggal.

Katanya, sebelum ke sekolah, Syah Amsyar akan dihantar ke rumah pengasuh yang diupah bapa tirinya dan bayi itu akan diambil selepas dia habis persekolahan.

“Memang kami tidak membesar seperti remaja atau kanak-kanak lain kerana perlu menguruskan semua perkara tetapi kami gembira kerana boleh mengharungi susah dan senang bersama.

“Masing-masing juga tahu tugas masing-masing dan abang pula (Syahil Azem) kini berkerja sebagai jurujual di bazar Ramadan untuk cari duit lebih,” katanya.

Menurutnya, dia bersama adik beradiknya bercadang untuk melawat pusara arwah ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Pulau Duyong pada pagi Aidilfitri nanti.

Orang ramai yang ingin menyalurkan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 6:18 PM