HUAWEI

HAMPIR empat tahun telefon pintar dimiliki berkhidmat untuk diri ini dan sudah sampai masa ia diganti kerana sudah mula buat 'hal' pula.

Namun, telefon pintar apa yang harus dipilih?Jika melihat kepada ciri-ciri kecanggihan teknologi, keselamatan, penyelesaian masalah dan berbaloi dibeli, semestinya HUAWEI menjadi pilihan hati ketika ini.

Apatah lagi, HUAWEI menawarkan pelbagai tawaran hebat sepanjang Julai ini!

Masih tidak percaya? Ini lima sebab kenapa peranti HUAWEI perlu menjadi peneman setia.

1. Dua tahun waranti


Betul, HUAWEI menawarkan peningkatan waranti dua tahun tanpa mengenakan secara percuma yang menghilangkan kerisauan pengguna tetapi menambah kegembiraan tidak terhingga kepada mereka.

Tawaran ini sah untuk produk terpilih seperti siri P30, siri Mate 20, siri Nova 4, nova3i dan MediaPad M5. Untuk menuntut jaminan dua tahun itu, pengguna perlu mengaktifkannya dalam aplikasi HiCare pada telefon pintar HUAWEI mereka.

Caranya, hanya semudah lima langkah:

Langkah 1 - Buka aplikasi HiCare, klik pada iklan Extended Warranty Plan.

Langkah 2 - Naik taraf versi aplikasi HiCare seperti saranan sistem.

Langkah 3 - Masukkan HUAWEI ID.

Langkah 4 - Klik pada 'Click Here Now' untuk tebus program waranti itu.

Langkah 5 - Dua tahun waranti berjaya dilakukan.

Untuk mengetahui lanjut mengenai program 1+1 waranti 2 tahun, layari http://consumer.huawei.com/my/support/extended-warranty-plan/


2. Tawaran sehingga RM400 untuk model Flagship

Terlalu banyak model yang berkenan di hati tetapi masalah bajet selalu menjadi isu.

Jangan bimbang lagi kerana HUAWEI menawarkan harga baru untuk model terpilih telefon pintarnya.

HUAWEI P30 berharga RM2,299, P30 Pro (8gb + 256gb) pula RM3,399 dan Nova 3i dijual pada harga RM799. Layari https://www.huawei.com/my/ untuk maklumat lanjut.

HUAWEI P30 pro ini berkeupayaan untuk membesarkan imej sebanyak 50 kali dan membezakan dengan peranti lain adalah gambar yang dirakam akan lebih jelas termasuk tulisan mahupun bintang bola sepak antarabangsa sedang bermain bola di padang yang dilihat dari jarak jauh.

Tak percaya? Cuba lihat video berikut dan adakah itu Lionel Messi yang sedang menunjukkan belangnya beraksi di padang? Mari kita saksikan bersama!


3. Banyak aktiviti, lebih ganjaran


Sehingga 8 Julai nanti, HUAWEI mengadakan jualan Online IT Fair yang menawarkan pelbagai promosi pada hari berlainan dan layari sini bagi mendapatkan produk HUAWEI yang diminati.

Antara ganjaran menarik boleh diperoleh menerusinya adalah baucar pembelian dalam talian sehingga RM1,000, hadiah percuma berjumlah sehingga RM1,400, Kupon RM400 untuk Mate 20 Pro, potongan sehingga 50 peratus dan dapatkan baucar dalam talian bernilai RM20.

Selain itu, HUAWEI kembali dengan kempen baik pulih dua hari mulai hari ini dan esok yang mensasarkan kepada pengguna sedia ada HUAWEI, bagi memastikan telefon pintar mereka berada dalam kondisi memuaskan.

Pengguna juga boleh menyertai HUAWEI Next-Image Awards 2019. Anugerah itu bertujuan meneroka pelbagai kemungkinan berkaitan ekspresi visual (fotografi atau videgrafi) dan budaya untuk generasi akan datang melalui lensa telefon pintar HUAWEI.

Tambah mengujakan, anugerah ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$20,000 berserta hadiah sampingan lain.Gambar sama layak untuk menyertai bagi enam kategori dan setiap penyertaan boleh menghantar 30 gambar bagi satu akaun. Maklumat lanjut di https://gallery.consumer.huawei.com/en/ .


4. Mendapat sokongan mantap


Rakan peniaga seperti Shopee, Lazada, Sen Heng dan Courts dengan kerjasama pengedar dan pembekal telefon pintar, memperkenalkan program waranti perlindungan aplikasi untuk peranti HUAWEI.

Program ini berlangsung dari 1 Julai hingga 30 September 2019. Dalam tempoh berkenaan, pulangan wang tunai sepenuhnya akan dikembalikan kepada pengguna sekiranya perkhidmatan Google seperti Google Play Store, Gmail, Google Map, Google Gallery, Chrome, YouTube, Facebook, Instagram, dan WhatsApp tidak dapat digunakan.


5. Sistem operasi EMUI 9.1


EMUI 9.1 ini pastinya memberi pengalaman baru kepada pengguna apabila menampilkan pelbagai tawaran menarik.

Menerusi versi baru ini, anda boleh mencuba pelbagai fungsi menarik termasuk HUAWEI Share, HUAWEI Smart Video Editing, kelancaran maksima melalui GPU Turbo 3.0, pembantu maya Digital Voice Assistant, panggilan telefon dengan nada dering rakaman video dan sambungan telefon pintar dengan mesin senaman ketika bersenam.

EMUI 9.1 boleh dinaik taraf dengan ke halaman Settings > System > Software Update atau ke https://consumer.huawei.com/my/emui/ atau [HiCare] App > [Update] > [Download] bagi menyemak dan memuat turun kemas kini sistem berkenaan.


Kini, bagaimana? Sudah percaya dan tergoda?

Cepat-cepat jangan terlambat. Jadilah yang pertama untuk menikmati semua tawaran hebat daripada HUAWEI ini kerana ia sememangnya amat berbaloi.

Sementara itu, waranti dua tahun ini hanya layak untuk pembelian siri HUAWEI P30, siri Mate 20, siri nova 4 dan nova 3i, sah mulai 1 Julai hingga 30 September 2019. Untuk menuntut jaminan dua tahun itu, pengguna perlu mengaktifkannya dalam aplikasi HiCare pada telefon pintar HUAWEI mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 11:23 AM