ANGGOTA penguatkuasa JPJ hadir di pejabat SPRM. FOTO Mikail Ong
ANGGOTA penguatkuasa JPJ hadir di pejabat SPRM. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


SERAMAI 21 lagi penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Georgetown, hari ini.

Mereka terdiri daripada 20 lelaki dan seorang wanita dilihat tiba pada 9 pagi di pejabat SPRM dengan empat kenderaan.

Menurut sumber, setakat ini belum dapat dipastikan berapa ramai yang akan ditahan.

“Kita akan merekod keterangan mereka terlebih dulu, belum diketahui berapa orang akan direman.

“Buat masa ini, kita juga masih menunggu dua lagi kakitangan JPJ yang dalam perjalanan dari Perlis dan Perak,” katanya.

Selasa minggu lalu, 22 pegawai JPJ dipanggil memberi keterangan dalam fasa pertama diikuti fasa kedua membabitkan 24 orang.

Daripada jumlah itu, enam daripada mereka direman.

Berita berkaitan

[UPDATE] Penahanan 22 lagi anggota JPJ di luar jangka [METROTV]

Panggil 'bos' JPJ Pulau Pinang jika perlu - SPRM

[UPDATE] 'Kerja seperti biasa'

[UPDATE] 'Tiada kompromi pegawai terbabit rasuah'

[UPDATE] 'Operasi JPJ Pulau Pinang tak lumpuh' [METROTV]

Sticker 'kebal'

24 anggota JPJ direman tujuh hari [METROTV]

Bas SPRM bawa tahanan terbakar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 10:12 AM