LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. FOTO Wikimedia Commons
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. FOTO Wikimedia Commons
Mary Victoria Dass


KEMENTERIAN Pengangkutan mengesahkan tiada cadangan untuk menjenamakan semula nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Anthony Loke berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Selangor bagi menjenamakan semula kepada nama baru iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA).

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan berkaitan perkata berkenaan.

“Saya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Selangor.

“Setakat ini, nama KLIA kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyempurnakan FedEx Johor Station di Taman Perindustrian I-Park SAC, Senai, hari ini.

Surat yang mencadangkan nama lapangan terbang itu ditukar daripada KLIA kepada SIA tular di media sosial, baru-baru ini.

Cadangan itu dipercayai dibangkitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang berpendapat nama baru lebih mencerminkan lokaliti memandangkan lapangan terbang itu terletak di daerah Sepang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2019 @ 7:45 PM