Mazlan  (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Selangor di Pekarangan Menara 2, IPK Selangor, Shah Alam, semalam.
Mazlan (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Selangor di Pekarangan Menara 2, IPK Selangor, Shah Alam, semalam.
HM Digital

Shah Alam: Polis memberi amaran mengambil tindakan tegas ke atas pemandu yang menghalang lalu lintas dengan meletakkan kenderaan di kawasan stesen minyak dan bahu jalan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan klia2 Sepang.

Tindakan pemandu yang ‘menunggu’ di dalam kenderaan itu bukan saja menyalahi peraturan, malah menyebabkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan.

Selain tindakan saman, polis turut meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan pemilik kenderaan yang berdegil mengingkari arahan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, statistik mendapati 30 saman berkaitan kesalahan lalu lintas itu dikeluarkan pihaknya setiap hari.

“Saya tegaskan bahawa pengurusan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menyediakan kawasan meletak kenderaan mencukupi termasuk ruang istirahat dan makan.

“Namun masih ada pemandu berhenti di bahu jalan terutama berhampiran stesen minyak sehingga menghalang lalu lintas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 3:08 AM