Zuliaty Zulkiffli


ULAR sawa batik sepanjang empat meter ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) ketika cuba memakan seekor kucing di sebuah rumah di Lorong Seri Aman, Taman Seri Aman, Langkawi semalam.

Dalam kejadian 8.25 malam itu, ular sawa seberat 24 kilogram itu disedari pemilik rumah yang ternampak kelibat reptilia itu cuba menerkam kucing.

Pegawai Bencana Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.26 malam dan anggotanya tiba di lokasi 9.02 malam.

Azamshah (kanan) bersama anggotanya memegang ular sawa yang berjaya ditangkap. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Azamshah (kanan) bersama anggotanya memegang ular sawa yang berjaya ditangkap. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Beliau berkata, anggotanya mengambil masa 10 minit menangkap ular itu yang bertindak agresif.

“Ular sawa itu ditangkap menggunakan peralatan menangkap ular dan dibawa ke pejabat APM Langkawi untuk tindakan lanjut.

“Sepanjang tempoh bulan ini, anggota kami berjaya menangkap 61 ekor ular pelbagai spesis berikutan keadaan cuaca panas,” katanya ketika ditemui di Kompleks APM Langkawi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mac 2019 @ 9:50 PM