ROCHE (kiri) memberi penerangan kepada pelanggan ketika ekspo NewsConnect di Hotel Majestic Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
ROCHE (kiri) memberi penerangan kepada pelanggan ketika ekspo NewsConnect di Hotel Majestic Kuala Lumpur. FOTO Eizairi Shamsudin
Suraya Roslan


LIMA pakej menarik dengan diskaun sehingga 94 peratus. Itu tawaran ruang pengiklanan di tiga akhbar dan platform digital terbitan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menerusi NewsConnect.

NewsConnect adalah ekspo pemasaran terbesar dan terbaharu yang menawarkan pelbagai pakej menarik ruang pengiklanan di akhbar Harian Metro, Berita Harian (BH) dan New Straits Times (NST) serta digital di tiga platform terbabit.

Pengurus Besar Pengiklanan NSTP Roche Chew berkata, NewsConnect menawarkan lima pakej pengiklanan berharga antara RM50,000 hingga RM350,000 bagi membantu usahawan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dalam perniagaan mereka.

“NewsConnect memberi peluang kepada usahawan mempelajari strategi dan teknik melonjak perniagaan mereka ke aras tinggi melalui kuasa pengiklanan yang sudah dibuktikan keberkesanannya.

“Matlamat kami untuk membantu usahawan Malaysia mencatat pertumbuhan dalam perniagaan dengan jayanya dan memasarkan produk strategi pemasaran menggunakan pelbagai platform pengiklanan NSTP seperti akhbar, digital, media sosial dan kandungan jenama.

“Malah, ruang pengiklanan ditawarkan sangat fleksibel yang boleh dipadankan antara akhbar dan digital bergantung kepada bajet pelanggan,” katanya ketika ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini.

NewsConnect berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga Jumaat ini di Tingkat 3, Hotel Majestic.

Roche berkata, NewsConnect menampilkan lapan kandungan segmen iaitu bisnes, lelaki moden, gaya hidup wanita, hiburan, pendidikan, hiasan rumah, pengembaraan dan sukan yang pastinya memenuhi semua citarasa pelanggan.

“Ekspo selama lima hari ini dijangka dihadiri 1,500 pelanggan berpotensi dan orang ramai yang berminat juga boleh hadir untuk mendengar sesi penerangan pakej kami yang ditawarkan dengan harga rendah.

“Ini adalah peluang unik bagi pemilik perniagaan, pengurus, pemasar, agensi pengiklanan dan usahawan media untuk mencapai 15 juta pelanggan setiap bulan, melalui ruang pengiklanan kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 1:46 PM