DARI kiri, Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Roche Chew, Abdul Jalil, wakil Watson Malaysia, Nicole Leong dan Alfian pada acara tahunan Cabutan Bertuah Mediaworks NSTP, semalam.
DARI kiri, Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Roche Chew, Abdul Jalil, wakil Watson Malaysia, Nicole Leong dan Alfian pada acara tahunan Cabutan Bertuah Mediaworks NSTP, semalam.
Audrey Vijiandren

Kuala Lumpur: Buat pertama kalinya, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menawarkan pakej fleksibel suku tahunan kepada pelanggan Mediaworks sebagai usaha memenuhi strategi perniagaan yang sentiasa berubah bagi segmen pengiklanan cetak dan digital.

Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Talib berkata, inisiatif itu tepat pada masanya untuk dilaksanakan dan ia menjadi keperluan kerana dunia pengiklanan kini semakin kompleks dan berdaya saing, khususnya dengan pengiklanan digital yang meningkat pada kadar pantas.

“Memandangkan trend pengiklanan di pasaran lebih kepada masa sebenar, kebanyakan pelanggan kami terutama daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meninjau untuk melakukan perubahan terhadap pengiklanan bagi memacu jualan pada tempoh masa berbeza sepanjang tahun.

“Meskipun masih ada komitmen tahunan, strategi baru ini membolehkan semakan suku tahunan yang membantu pelbagai perubahan kepada fokus utama.

“Ia juga berperanan dalam menentukan sama ada menggunakan platform digital mahupun cetak dalam mencapai kumpulan sasaran mereka,” katanya pada acara tahunan Cabutan Bertuah Mediaworks NSTP di sini, semalam.

Bagi acara dianjurkan pada tahun ke-11 itu, pelanggan Mediaworks NSTP berpeluang memenangi hadiah bertuah seperti peranti Samsung, tunai dan dua pemenang bagi kereta Volkswagen Polo.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengarah Serantau Konsultan Media Boost, Larry Kleist.

Walaupun pilihan fleksibel itu dilancarkan pada skala besar pada Februari tahun depan, beberapa pelanggan pengiklanan memperbaharui pakej mereka pada hari berkenaan.

Alfian berkata, dengan usaha sama baru Vertical dalam NSTP, kumpulan media itu berharap ia berupaya memanfaatkan pelbagai jenis segmen pengiklanan baru.

“Walaupun tidak dinafikan dari sudut global berlaku pengurangan perbelanjaan dari segmen ini, ada beberapa pelanggan bersama kami lebih dari 11 tahun.

“Perbelanjaan mereka kekal konsisten kerana kepercayaan dan keyakinan kepada kita sebagai media nasional.

“Malah, kami juga berbangga kerana dapat membantu banyak jenama besar tempatan seperti Fella Design, V’Asia dan Slumberland dalam membina nama mereka di persada antarabangsa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 11:10 AM