TIGA lelaki dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat melecur selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Blok B, Pasar Sembilang, Taman Cemara, Perai, malam ini. FOTO ihsan bomba.
TIGA lelaki dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat melecur selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Blok B, Pasar Sembilang, Taman Cemara, Perai, malam ini. FOTO ihsan bomba.
Nur Izzati Mohamad


TIGA lelaki dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat melecur selepas rumah didiami mereka terbakar dalam kejadian di Blok B, Pasar Sembilang, Taman Cemara, Perai, malam ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Muhamad Aidil Mat Razali, 19, Muhammad Rifatullah Mahrip, 20, dan Mohamad Haniff Md Saad, 23 dilaporkan terperangkap sebelum mereka diselamatkan anggota bomba.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.20 malam berhubung kebakaran di tingkat tiga flat berkenaan.

“Siasatan mendapati kebakaran berlaku di ruang tamu dan api merebak sehingga memusnahkan 50 peratus kediaman terbabit.

“Pada masa sama, terdapat tiga penghuni rumah berkenaan terperangkap dan mereka berjaya dibawa keluar anggota bomba sebelum terus dibawa ke HSJ untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kerja pemadaman api kemudian dilakukan dan kebakaran berjaya dikawal pada 7.35 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 8.51 malam.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 10:01 PM