FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Dua rumah di Kampung Berjaya, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi itu, seorang lelaki, Rosli Abdul Rahim, 40-an yang tinggal di satu daripada rumah itu dikatakan pergi ke kedai berhampiran untuk membeli makanan dan terkejut apabila mendapati ia musnah terbakar ketika pulang.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 8.51 pagi dan sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan Jalan Raja tiba di lokasi pada jam 8.55 pagi.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan dua rumah kosong di kawasan itu dan pihaknya berjaya mengawal api dari merebak pada jam 9.07 pagi.

"Operasi memadam kebakaran itu membabitkan dua jentera dan dua EMRS dari BBP Alor Setar dan Jalan Raja serta dibantu empat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang membabitkan 28 anggota," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 2:53 PM