GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Hadzlihady Hassan


KECEWA teman lelakinya curang, penuntut wanita kolej perubatan warga Sweden terjun dari tingkat empat kondominium, di Georgetown, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, siastan awal mendapati wanita terbabit sebelum itu dilihat beberapa penduduk sedang menari dalam keadaan bogel berhampiran tingkap dalam bilik rumahnya.

“Wanita berkenaan ketika itu dikatakan memasang lagu sedih sambil menari berhampiran tingkap dalam bilik rumahnya.

“Penduduk terbabit mendakwa mereka kemudian melihat wanita itu membuang tong sampah sebelum terjun dari tingkap bilik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Che Zaimani berkata, hasil keterangan daripada rakan baiknya mendapati, wanita berkenaan kecewa kerana teman lelakinya mempunyai kekasih baru sejak dua minggu lalu.

“Selain itu, dia juga didakwa kecewa kerana gagal dalam ujian di kolej dan juga mempunyai sedikit masalah dengan rakan serumah.

“Pemeriksaan mendapati ketika kejadian, rakan serumahnya berada di Subang, Selangor,” katanya.

Menurutnya, pintu rumah terbabit dalam keadaan berkunci dan sepasukan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk membuka pintu bagi memudahkan pemeriksaan dilakukan polis.

“Kita dapati keadaan rumah kemas dan hanya bilik si mati berselerak dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 4:02 PM