ANGGOTA polis membawa mayat mangsa ke hospital.
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa ke hospital.
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Kecewa kerana cintanya tidak berbalas, seorang wanita warga Vietnam nekad terjun dari tingkat empat parkir kereta di flat Taman Aman Jaya, Relau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa lingkungan 20-an maut di lokasi kerana patah kaki serta tangan selain mengalami kecederaan teruk di kepala.

Menurut sumber, wanita terbabit dikatakan tinggal di tempat lain dan pergi ke flat berkenaan untuk bertemu teman lelakinya, namun kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya itu yang tiada di rumah.

“Selain itu, wanita berkenaan juga sebelum ini dikatakan kerap bertengkar dengan teman lelakinya kerana hubungan cinta mereka bergoyah dan dia mengesyaki lelaki terbabit menjalin hubungan dengan wanita lain.

“Dia kemudian pergi ke flat terbabit untuk bertemu lelaki itu, namun hampa apabila mendapati teman lelakinya tiada di rumah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 7:26 AM